|
Lagu
Pendidikan Cina
Kurenung
sungai Pendidikan Cina yang berliku-liku
Mengalir
lebih seratus tahun
Ribuan ombak
ganas memukul pantai
Yang
dipenuhi cerun curam dan batu batan
Setelah
bertarung dengan batu rintangan
Setelah
melawan arus perdana
Yang tinggal
kini
Satu
panorama indah menggamit hati
Itulah ia:
Di kaki
Bukit Fulong
Di tebing
sungai Muar
Sekolah
Menengah Foon
Yew mendepani laut
Bukit Bukau
berderetan
Dalam
belaian bayu dedaun getah
Dalam
lambaian pepohon kelapa sawit
Pertemuan
di kota
Melayu lama Melaka
Bandar
Seremban
Serta lapan
sekolah persendirian di Selangor
Terjalinnya
ikatan silaturahim
Antara
Utara-Selatan
Kemasyhuran
sekolah Perak menggempar negara
Zhongling yang
istimewa di pulau seberang
Kedah dan
Kelantan bersemangat waja
Meninjau pantai
timur yang kejauhan Kelihatan negeri di Semenanjung Timur
Sabah dan
Sarawak
Enam puluh satu,
itulah angka azimat
Sekolah
Persendirian Cina seluruh negara
Zaman beredar wajah berubah
Melahirkan generasi
bermoral dan berbakat
Berbakti dan bertoleransi
Itulah misi Kolej
Selatan,
Kelej
Hanjiang dan Kolej
New Era
Menggarap setiap saat
Kerana masa itu emas
Untuk menambah ahli pasukan
yang berkaliber
Kubayangkan betapa cerahnya
Masa depan pendidikan Cina
|