PENTERJEMAHAN
Chew Fong Peng,
Ph.D
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Unit 1:
Kelayakan Menterjemah
Pada suatu masa dahulu, orang selalu menganggap bahawa, jika seseorang
mengetahui dua
bahasa, dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain.
Kenyataan ini adalah tidak
benar kerana bidang penterjemahan juga merupakan bidang kepakaran.
Untuk menjadi penterjemah yang baik, anda perlu memenuhi empat syarat utama
berikut:
i.
Mengetahui bahasa sumber
Bahasa sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemah ke dalam bahasa kedua.
Pengetahuan dalam bahasa sumber mestilah mendalam.
Seseorang itu harus mengetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan
bahasa itu supaya dia memahami makna terkandung dalam teks asal.
Dengan itu, barulah dia dapat membuat terjemahan dengan tepat.
ii.
Mengetahui bahasa penerima
Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal.
Dengan kata lain,
bahasa penerima ialah bahasa kedua. Mengikut
pakar penterjamah, seseorang penterjemah
selain menguasai bahasa sumber dengan baik, dia mestilah menguasai bahasa
penerima
dengan lebih baik lagi. Contohnya
seseorang itu menterjemahkan teks daripada bahasa Cina
ke dalam bahasa Melayu, penterjemah itu
mestilah mengetahui bahasa Melayu lebih baik daripada bahasa Cina, atau sama
baik dalam
kedua-dua bahasa itu.
iii.
Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah
Untuk memastikan agar makna atau maklumat dalam teks asal dapat diterjemahkan
dengan tepat ke dalam bahasa penerima, seseorang penterjemah itu perlu
mengetahui bidang yang hendak diterjemah itu dengan mendalam.
Penguasaan bahasa yang baik tidak mencukupi untuk menjadi penterjemah
yang baik, terutama dalam bidang profesional seperti undang-undang, sains,
teknologi, falsafah dan karya kesusasteraan.
iv.
Mengetahui teori dan amalan terjemahan
Bidang penterjemahan telah melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya sendiri.
Oleh itu, adalah penting bagi penterjemah melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dalam teori dan amalan sebelum memulakan kerja penterjemahan.
Selain empat syarat di atas, terdapat satu perkara yang harus dimiliki oleh
seseorang penterjemah.
Sebagai manusia, pentejremah mempunyai perasaan, pendirian, nilai, dan sikap
tertentu. Perkara ini menyebabkan
penterjemah itu dipengaruhi oleh pandnagan tersebut semasa melakukan
penterjemahan. Dia mungkin
mempunyai pendapat yang berlawanan dengan pengarang, atau dia mungkin bersetuju
dengan idea pengarang, tetapi tidak menyukai cara pengarang itu menyampaikan
idea tersebut. Persamaan atau
perbezaan pendapat antara pengarang dan penterjemah mungkin terbawa-bawa dalam
tugas terjemahan.
Namun begitu, penterjemah tidak harus membiarkan sikap sendiri mempengaruhi
terjemahannya. Dia mestilah cuba
sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan maksud asal pengarang, sebaliknya cuba mengekalkan maksud asal dan
pendirian pengarang. Dengan itu,
barulah penterjemah itu melakukan terjemahan dengan baik.
|
Unit 2: Beberapa Masalah
dalam Terjemahan
Chew Fong Peng, Ph.D
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Masalah terjemahan akan timbul jika kita tidak bersikap objektif
terhadap maklumat dalam teks sumber, antaranya seperti kesalahfahaman
tentang cirri-ciri bahasa, tugas penterjemah dan matlamat penterjemahan.
Masalah-masalah yang selalu dialami oleh pentejremah biasanya berpunca
daripada andaian-andaian yang tidak disedarinya yang mempengaruhi tugas
dan melemahkan hasil yang
Kebanyakan masalah itu berhubung antara penterjemah dengan subjek,
bahasa penerima, ciri-ciri komunikasi, dan kaedah terjemahan yang
sepatutnya digunakan.
Antara bahasa itu ialah:
Kebanyakan orang sangka bahawa terjemahan itu sekadar kerja menggantikan
setiap perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan lain dalam bahasa
penerima, atau menggantikan ayat demi ayat ke dalam bahasa penerima,
kemudian diganti dengan perenggan, dan kalau boleh seluruh wacana.
Cara terjemahan ini sebenarnya tidak benar.
Sebenarnya struktur seluruh karangan itu mestilah diperhatikan
supaya semua unsur yang terkandung dalam teks dapat dipadukan menjadi
satu kesatuan yang bermakna.
Masalah ini nampaknya janggal; kita selalu mendengar bahawa penterjemah
mesti mempunyai pengetahuan yang baik dalam subjek yang akan
diterjemahnya. Yang menjadi
masalah sebenarnya bukan penterjemah mempunyai ilmu yang banyak tentang
bidang itu, tetapi ialah ketidaktajaman imaginasi penterjemah itu yang
boleh menghasilkan terjemahan yang lemah.
Oleh sebab mereka sangat mengetahui sesuatu bidang itu secara mendalam,
maka mereka selalu menganggap bahawa pembaca juga tahu apa yang
diketahui oleh mereka.
Akibatnya mereka akan menterjemah dengan cara yang tidak dapat difahami
oleh pembaca umum. Mereka
mendapati sukar untuk “merendahkan” diri mereka setaraf dengan
orang-orang yang tidak mengetahui apa-apa dalam bidang itu.
Semacam tradisi translationese telah timbul hasil daripada penterjemahan
buku-buku teks dan bahan-bahan lain yan gdibuat sekali gus daripada satu
bahasa kepada bahasa lain.
Bentuk-bentuk bahasa seperti itu selalu diterima tanpa soal jawab,
terutama oleh golongan terpelajar, dan mereka biasanya menganggap bahawa
itulah sahaja bentuk bahasa yang boleh digunakan untuk menterjemah
bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa asing.
Golongan terpelajar tersebut biasanya belajar dalam bahasa asing dan
tidak kenal lagi dengan tabiat dan keistimewaan –keistimewaan bahasa
ibundanya sendiri. Jadi dia
dengan senang terjerat dengan translationese.
Sikap mereka kadang-kala terbawa-bawa sehingga tidak menggalakkan
penggunaan bentuk-bentuk yang lebih asli dalam bahasanya sendiri.
Ramai orang secara tidak sedar, tidak yakin pada kemampuan bahasa
sendiri. Ramai yang
berpendapat bahawa bentuk bahasa asing lebih baik dan lebih tinggi
mutunya, oleh itu, mereka pun meniru bentuk bahasa itu.
Jadi mereka pun meminjam terus perkataan, simpulan bahasa, bentuk
stilistik, dan nahu. Mereka
yakin bahawa bentuk bahasa asing itu lebih berprestij, dan lebih betul.
Ramai orang berpendapat bahawa jikalau sesuatu terjemahan dibuat dengan
jelas dan terang, maka akan hilanglah misteri yang ada.
Oleh itu, mereka akan berusaha untuk mengekalkan misteri seustu
bahasa untuk menarik pembaca.
Sebenarnya hal ini adalah tidak benar, sebab antara tugas utama
penterjemah yang baik ialah menjelaskan maksud sesuatu teks sumber
dengan mudah dan boleh difahami.
|